Sistem clutch from ika92
Isnin, 19 November 2012
Ahad, 18 November 2012
Kebaikan dan Keburukan Kereta Hybrid
Kereta hibrid dianggap sebagai kereta masa depan. Ia mampu dan
berkesan menjimatkan bahan api dan pada masa yang sama, ia hanya
menghasilkan asap toksik tahap rendah. Kerana kelebihan ini, populariti
kereta hibrid kini berkembang setiap hari. Ramai orang kini
mempertimbangkan sama ada menyingkirkan kereta konvensional mereka dan
membeli sebuah kereta hibrid untuk membantu dalam mengurangkan kos
penggunaan bahan api.
Kereta hibrid mempunyai dua enjin untuk ia secara efektif menjimatkan
penggunaan bahan api. Ia mempunyai enjin petrol tradisional dan juga
mempunyai motor elektrik dan bateri. Dua enjin bekerja bersama-sama
dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan bahan api. Dengan teknologi
ini, anda akan dapat mengurangkan penggunaan bahan api lebih daripada
separuh. Cuba bayangkan, dengan kereta hibrid, anda akan dapat untuk
pergi lebih daripada 97 kilometer segelen. Melalui pelaburan ini, kereta
hibrid pasti menjadi kereta masa depan.
Pemilik kereta hibrid dikatakan tidak merasa peningkatan kos harga
bahan api. Ini adalah kelebihan utama kereta hibrid. Brek dalam kereta
hibrid juga dikonfigurasikan untuk menangkap tenaga yang dibebaskan dan
menggunakan ia untuk mengecas bateri dalam kereta hibrid. Ini bermakna
bahawa tidak seperti kereta elektrik, kereta hibrid sebenarnya tidak
perlu dicaj dari soket elektrik rumah anda.
Walau bagaimanapun, dengan semua kelebihan yang anda dapat dari
kereta hibrid, terdapat juga kelemahan yang anda patut terima. Kelemahan
utama kereta hibrid adalah harga runcitnya agak mahal berbanding
kereta biasa. Hanya orang-orang yang mempunyai wang yang cukup boleh
membeli kereta hibrid. Walau bagaimanapun, kereta hibrid sebenarnya
lebih murah apabila dibandingkan dengan kereta konvensional dalam jangka
masa panjang. Jika anda mengira jumlah penggunaan bahan api kedua-dua
kereta, anda sebenarnya akan melihat bahawa anda boleh menyimpan lebih
banyak wang dengan menggunakan kereta hibrid.
Kereta hibrid adalah agak berat kerana bateri berat yang dipasang di
dalam kereta. Atas sebab inilah mengapa pengeluar kereta hibrid
mengintegrasikan enjin pembakaran dalaman yang lebih kecil dan dibina
dengan bahan-bahan ringan dan binaan luar yang aerodinamik dalam usaha
untuk memaksimumkan kecekapan kereta hibrid. Ini bermakna bahawa kereta
hibrid tidak boleh bergerak dengan kepantasan maksimum.
Satu lagi isu mengenai kereta hibrid adalah bahawa ia sangat berisiko
dalam kemalangan. Apa yang membuatkan kereta hibrid berkesan dalam
teknologinya adalah juga apa yang membuatkan ia berisiko jika ia
terlibat dalam kemalangan. Ini adalah kerana kereta hibrid menyimpan
jumlah voltan yang tinggi dalam bateri. Ini bermakna bahawa terdapat
peluang yang tinggi mendapat kejutan elektrik apabila anda terlibat
dalam kemalangan. Ini juga bermakna agak sukar untuk penyelamat untuk
menyelamatkan pemandu dan penumpang keluar dari kereta hibrid kerana
bahaya voltan tinggi di dalam kereta.
Ini adalah kelebihan dan keburukan kereta hibrid. Pengeluar kereta
hari ini kini mencari cara-cara untuk menghilangkan keburukan kereta
hibrid. Dalam masa terdekat, anda akan melihat bahawa kereta hibrid akan
menjadi lebih ringan dan juga mengandungi risiko yang kurang disebabkan
kepada bahaya voltan tinggi dan diselesaikan dengan kepakaran pengeluar
kereta tersebut.
Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear
jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini
bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada
kereta gear manual.Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa
berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan
banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.
Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah
berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa
terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda
seperti:-
1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4.
4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto
slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan
ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear
yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.
Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang
rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox
untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan
membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal gearbox
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar
minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa
berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya
menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.
Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan
memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib
ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak
berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak
yang besar.
Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120
untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang
biasa digunakan.
Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual
adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk
minyak enjin 10000 kilometer.Untuk menukar minyak auto pada 40000
kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip
transmisi berlaku.
Perbezaan minyak gear ???
Terdapat dua jenis minyak gear yang digunakan untuk gearbox atau kotak
gear.Sepertimana umumnya kotak gear memainkan peranan utama dalam
pengendalian gerigi gear untuk bergerak ataupun menukar gear.Secara
khususnya pula kotak gear adalah pengendali utama dalam memberikan
keupayaan kepada pergerakan roda dan bukannya sebuah kereta.
Maka sebab itulah gerigi gear dibina secara teliti menggunakan keluli yang berkualiti tinggi yang mampu menahan berat kereta dan menggerakkannya walaupun ia hanya disambung pada sebahagian daripada bahagian enjin.
Maka sebab itulah gerigi gear dibina secara teliti menggunakan keluli yang berkualiti tinggi yang mampu menahan berat kereta dan menggerakkannya walaupun ia hanya disambung pada sebahagian daripada bahagian enjin.
Didalam kotak gear ,gerigi gear bekerja mengikut pusingan yang ditentukan oleh pengiraan jarak antara gerigi -gerigi keluli tersebut.Mengikut pada pengiraan asalnya sebiji gerigi akan berpusing mengikut arah jam dan satu lagi dipusingkan secara berlawanan supaya ia dapat membentuk sebuah pusingan yang sempurna.
Olehkerana keupayaan dan kemampuan gear atau gerigi ini amat penting maka dalam sebuah gearbox kereta minyak yang digunakan adalah berbeza dan digredkan berlainan untuk membezakannya.Gred EP90 (Extreme Pressure 90) dan SAE 140 (Society of Automotive Engineers 140) adalah 2 jenis gred yang biasa digunakan untuk sebuah gearbox.manual manakala untuk sebuah gearbox auto hanya dilabelkan sebagai auto transmission fluid kerana kebanyakannya adalah pada kegunaan yang sama iaitu untuk kereta sahaja.
EP90 dan SAE140 adalah dua jenis minyak gear yang digunakan dalam kotak gear kereta .EP90 digunakan untuk kotak gear hadapan dan SAE140 pula adalah untuk kotak gear belakang..Wajib diketahui bahawa tidak semua jenis kereta menggunakan kedua-dua jenis minyak gear ini,hanya terdapat beberapa model sahaja yang menggunakan minyak gear SAE140 untuk kotak gear belakang.
Ini adalah disebabkan pembuatan kereta tersebut yang dibina tidak
menggunakan pusingan gear untuk menggerakan roda belakang.Kereta model
Toyota seperti Toyota harrier,Toyota Innova,Nissan Serena,Nissan
Vannette,Perodua Rusa dan banyak lagi model yang biasa dikategorikan
sebagai kenderaan MPV,Van dan Lori.
Manakala minyak gear gred EP90 adalah digunakan untuk semua model kereta yang menggunakan kotak gear hadapan sebagai pengendali untuk roda.Dari keseluruhan model kereta yang terdapat diseluruh Malaysia ataupun dunia kebanyakannya menggunakan minyak EP90 sebagai bahan pelincir gerigi gear dalam kotak gear.
Menggunakan minyak gear yang salah pada sebuah gearbox akan menyebabkan ketidaklinciran pada gerigi gear dan kepanasan akibat gerigi yang tidak lancar boleh menyebabkan kerosakan keseluruhan kotak gear dan juga menyebabkan ianya terus berhenti.
Begitujugalah lazimnya berlaku bila kotak gear dimasuki
Manakala minyak gear gred EP90 adalah digunakan untuk semua model kereta yang menggunakan kotak gear hadapan sebagai pengendali untuk roda.Dari keseluruhan model kereta yang terdapat diseluruh Malaysia ataupun dunia kebanyakannya menggunakan minyak EP90 sebagai bahan pelincir gerigi gear dalam kotak gear.
Menggunakan minyak gear yang salah pada sebuah gearbox akan menyebabkan ketidaklinciran pada gerigi gear dan kepanasan akibat gerigi yang tidak lancar boleh menyebabkan kerosakan keseluruhan kotak gear dan juga menyebabkan ianya terus berhenti.
Begitujugalah lazimnya berlaku bila kotak gear dimasuki
Sistem Enjin Turbo..bagaimana sistem turbo berfunsi ?????
Sistem Enjin Turbo
Bagaimanapun sekiranya kemasukan udara ke dalam enjin
berlebihan, ini boleh merosakkan enjin. Oleh itu, satu alat pelepas angin
tambahan yang dikenali sebagai "Westgate" perlu dipasang untuk mengelakkan
kejadian ini. Peralatan "Westgate" akan bertindak bagi memastikan jumlah
udara yang dipam masuk ke dalam enjin tidak melebihi had yang ditetapkan.
Udara
yang dimampatkan akan menjadi panas dengan itu pemampatan udara oleh enjin
turbo akan meningkatkan suhu udara yang masuk kedalam enjin. Keadaan ini
akan menjadikan enjin menjadi cepat panas. Untuk memastikan engin tidak
terlalu cepat menjadi lampau panas (overheat), udara yang dipam masuk perlu
disejukkan dengan menggunakan sistem intercooler. Intercooler akan di pasang
pada bahagian hadapan kenderaan yang dipasang dengan sistem turbo bagi
menyejukkan udara yang masuk sebelum dipam masuk ke dalam enjin.
Selain daripada peralatan yang dipasang untuk memastikan sistem turbo berfungsi dengan baik, enjin turbo juga perlu penjagaan rapi agar dapat tahan lama. Sekiranya engin berkuasa turbo dimatikan dengan mengejut, pam tidak lagi mengepam minyak pelincir ke sistem turbo. Keadaan ini meningkatkan lagi geseran di dalam engin turbo, yang akan meningkatkan lagi kadar kehausan sistem turbo dan merosakkan komponent sistem turbo dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, bagi mengelakkan keadaan ini, enjin berkuasa
turbo perlu distabilkan dengan membiarkan ia bertenang selama 20 hingga
30 saat selepas berhenti sebelum mematikan enjin. Bagi mereka yang tidak
mahu atau tidak mempunyai masa untuk menunggu sebelum mematikan enjin,
satu alat yang dikenali sebagai jangka turbo (turbo timer) boleh dipasang.
Alat itu boleh ditetapkan untuk mematikan enjin selepas masa yang dihadkan
berlalu.
Selain itu, enjin berkuasa turbo juga perlu dipanaskan
sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan minyak pelincir telah disebarkan
keseluruh enjin secara menyeluruh. Ini adalah untuk memastikan enjin turbo
tahan lebih lama dan mampu memberikan perkhidmatan yang optima. Sebagaimana
enjin lain, minyak pelincir perlu dijaga agar enjin tahan lama. Untuk enjin
berkuasa turbo, adalah disarankan pengguna menggunakan minyak pelincir
yang tahan suhu tinggi, terutamanya minyak buatan (sintatik).
Sekiranya sesuatu enjin turbo itu dijaga dengan baik,
enjin turbo tersebut mampu meningkatkan kuasa enjin lebih daripada enjin
biasa yang mempunyai kuasa kuda yang sama. Anda pasti merasakan perbezaannya
setelah mencubanya. Cuma anda perlulah rajin menjaganya dengan teliti agar
enjin turbo anda sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi anda.
Dengan ini anda kini telah tahu serba sedikit berkenaan enjin turbo. Sekian
sahaja dari saya. Wasallam.
APA MAKSUD MIVEC ???????
Apa itu MIVEC?
MIVEC adalah Mitsubishi Innovative Valve timing
Electronic Control system. Sistem ini serupa dengan saingan terdekat
atau musuh ketatnya VTEC.
Sistem jenis ini mempunyai sistem cam profil yang cukup unik. Sistem
ini akan menyebabkan enjin bergerak seperti enjin biasa jika rpm dibawah
5500 tapi kuasa sebenarnya akan muncul apabila kita menekan pedal
minyak sehingga meter rpm melebihi 5500 dan waktu itulah kita akan
kedengaran bunyi kuat yang dikeluarkan oleh enjin dan kuasa sebenarnya
akan muncul.
Enjin ini atau sistem ini mula diadaptasikan pada tahun 1992. Kod untuk
enjin ini yang mempunyai sistem MIVEC ini adalah 4G92 yang mempunyai
1597 cc, 175hp, 16 valve. Sistem seperti ini juga digunakan untuk enjin
V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana enjin ini boleh menghasilkan 200
kuasa kuda. Bukannya kuda padi tetapi kuda lumba .banyak tu.
sistem mivec
Langgan:
Catatan (Atom)