Sistem Enjin Turbo
Bagaimanapun sekiranya kemasukan udara ke dalam enjin
berlebihan, ini boleh merosakkan enjin. Oleh itu, satu alat pelepas angin
tambahan yang dikenali sebagai "Westgate" perlu dipasang untuk mengelakkan
kejadian ini. Peralatan "Westgate" akan bertindak bagi memastikan jumlah
udara yang dipam masuk ke dalam enjin tidak melebihi had yang ditetapkan.
Udara
yang dimampatkan akan menjadi panas dengan itu pemampatan udara oleh enjin
turbo akan meningkatkan suhu udara yang masuk kedalam enjin. Keadaan ini
akan menjadikan enjin menjadi cepat panas. Untuk memastikan engin tidak
terlalu cepat menjadi lampau panas (overheat), udara yang dipam masuk perlu
disejukkan dengan menggunakan sistem intercooler. Intercooler akan di pasang
pada bahagian hadapan kenderaan yang dipasang dengan sistem turbo bagi
menyejukkan udara yang masuk sebelum dipam masuk ke dalam enjin.
Selain daripada peralatan yang dipasang untuk memastikan sistem turbo berfungsi dengan baik, enjin turbo juga perlu penjagaan rapi agar dapat tahan lama. Sekiranya engin berkuasa turbo dimatikan dengan mengejut, pam tidak lagi mengepam minyak pelincir ke sistem turbo. Keadaan ini meningkatkan lagi geseran di dalam engin turbo, yang akan meningkatkan lagi kadar kehausan sistem turbo dan merosakkan komponent sistem turbo dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, bagi mengelakkan keadaan ini, enjin berkuasa
turbo perlu distabilkan dengan membiarkan ia bertenang selama 20 hingga
30 saat selepas berhenti sebelum mematikan enjin. Bagi mereka yang tidak
mahu atau tidak mempunyai masa untuk menunggu sebelum mematikan enjin,
satu alat yang dikenali sebagai jangka turbo (turbo timer) boleh dipasang.
Alat itu boleh ditetapkan untuk mematikan enjin selepas masa yang dihadkan
berlalu.
Selain itu, enjin berkuasa turbo juga perlu dipanaskan
sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan minyak pelincir telah disebarkan
keseluruh enjin secara menyeluruh. Ini adalah untuk memastikan enjin turbo
tahan lebih lama dan mampu memberikan perkhidmatan yang optima. Sebagaimana
enjin lain, minyak pelincir perlu dijaga agar enjin tahan lama. Untuk enjin
berkuasa turbo, adalah disarankan pengguna menggunakan minyak pelincir
yang tahan suhu tinggi, terutamanya minyak buatan (sintatik).
Sekiranya sesuatu enjin turbo itu dijaga dengan baik,
enjin turbo tersebut mampu meningkatkan kuasa enjin lebih daripada enjin
biasa yang mempunyai kuasa kuda yang sama. Anda pasti merasakan perbezaannya
setelah mencubanya. Cuma anda perlulah rajin menjaganya dengan teliti agar
enjin turbo anda sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi anda.
Dengan ini anda kini telah tahu serba sedikit berkenaan enjin turbo. Sekian
sahaja dari saya. Wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan