Apa itu MIVEC?
MIVEC adalah Mitsubishi Innovative Valve timing
Electronic Control system. Sistem ini serupa dengan saingan terdekat
atau musuh ketatnya VTEC.
Sistem jenis ini mempunyai sistem cam profil yang cukup unik. Sistem
ini akan menyebabkan enjin bergerak seperti enjin biasa jika rpm dibawah
5500 tapi kuasa sebenarnya akan muncul apabila kita menekan pedal
minyak sehingga meter rpm melebihi 5500 dan waktu itulah kita akan
kedengaran bunyi kuat yang dikeluarkan oleh enjin dan kuasa sebenarnya
akan muncul.
Enjin ini atau sistem ini mula diadaptasikan pada tahun 1992. Kod untuk
enjin ini yang mempunyai sistem MIVEC ini adalah 4G92 yang mempunyai
1597 cc, 175hp, 16 valve. Sistem seperti ini juga digunakan untuk enjin
V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana enjin ini boleh menghasilkan 200
kuasa kuda. Bukannya kuda padi tetapi kuda lumba
.banyak tu.
sistem mivec
Nice blog ni.. tahniah.. boleh terangkan pula ciri dan sistem si musuh ketat MIVEC iaitu VTEC... TQ
BalasPadam